Friday, 4 March 2016

Bekerja Vs Perniagaan Vending Machine

Perbandingan Bekerja Vs Perniagaan Vending Machine



Bekerja

Perniagaan Vending Machine
Masa
Selalunya sekitar 8.30 pagi sehingga 5.30 petang


Terserah kepada individu.


Pendapatan
Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan diberikan. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji.


Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan.


Cuti
Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati.

Tidak perlu risau perihal CUTI kerana diri sendiri yang tetapkan.


Tempat Kerja
Tempat kerja ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat.


BEBAS.

Cuba bayangkan anda melakukan kedua-duanya sekali :

Contoh :

Berkerja RM2500 + Perniagaan Vending Machine RM1500 = 

RM4000 Sebulan


Bahagian rezeki masing-masing sudah dihidangkan, yang penting kita perlu cari rezeki yang halal. Kalau berniaga dengan cara tipu, tak halal rezeki kita. Jika kerja makan gaji buta, curi tulang, tak halal juga rezeki itu. Itu yang penting.

Kedua-duanya adalah cabang rezeki, jalan yang berbeza, tetapi matlamatnya sama iaiatu duit, mencari nafkah untuk sara keluarga. Soal nak jadi kaya atau tidak bergantung kepada rezeki, tetapi kita semua sudah tahu 9/10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan. Jadi terpulang pada diri kita untuk memilih jalan yang mana hendak kita ikut, berdasarkan kemahiran masing-masing.

Bagi aku kerja makan gaji atau bekerja sendiri itu tidak penting, yang penting adalah halal atau haram rezeki yang kita dapat dan kita mampu menyara ahli keluarga kita.


No comments:

Post a Comment